Tuesday 22 September 2015

Kelebihan Tupperware Rice Smart vs Rice Dispenser

Size Lebih Kecil

Rice Smart lebih slim berbanding Rice Dispenser. Ini membolehkan Rice Smart mudah untuk diletakkan dikawasan yang sempit terutama untuk pengguna yang mempunyai saiz kabinet dapur yang kecil. Walaupun Rice Smart mempunyai saiz yang agak slim berbanding Rice Dispenser tetapi amaun beras yang boleh dimuatkan masih sama iaitu 10kg..amazing bukan!!



Hubungi : Facebook "Kasih Sofea Tupperware"


Beras Sentiasa Segar

Pengeluaran beras menggunakan konsep "First In First Out" dalam konteks Rice Smart adalah beras pertama yang masuk akan menjadi beras pertama juga akan keluar. Ini membolehkan beras sentiasa segar kerana beras lama akan dikeluarkan terlebih dahulu.



Elak Kutu Beras

Konsep "First In First Out" ini juga dapat mengelakkan dari beras dipenuhi kutu beras. Jika kita biasa melihat tong beras konvesional, beras yang lama akan sentiasa berada di dasar tong beras, ini terjadi kerana pengguna akan mengambil beras yang berada paling atas. Kutu beras suka pada kawasan yang sejuk seperti dasar tong beras.



Ketepatan Jumlah 150gram Untuk 1 Slide

ketepatan jumlah amaun bagi setiap slide bersamaan 150gram memudahkan pengguna untuk menentukan kadar slide yang diperlukan bagi kegunaan seharian.


Dinding telus cahaya

Dinding telus cahaya ini memudahkan pengguna melihat sukatan beras yang masih tinggal. Pengguna tidak perlu membuka penututp utama bagi melihat kadar sukatan beras yang masih tinggal.




Tidak mudah mengelongsor

Rice Smart  telah ditingkatkan dari segi keselamatan dengan dibekalkan ciri keselamatan getah anti gelongosor pada tapak Rice Smart. Ini merupakan ciri baru yang ada pada Rice Smart tetapi tidak pada Rice Dispenser.

Penutup lebih kemas berbanding Rice Dispenser

Semasa proses penambahan amaun beras. Kadang kala kita selalu mengambil mudah apabila menutup semula penutup. Kebiasanya sering kali penutup Rice Dispenser tidak ditutup dengan betul dan ini membolehkan binatang-binatang kecil seperti semut mudah untuk masuk ke dalam Rice Dispenser. Tetapi dengan Rice Smart penutupnya mudah dikendalikan dan penututupnya lebih kemas bagi mengelakkan binatang kecil seperti semut untuk masuk



No comments :

Post a Comment